星期一, 8月 31, 2015

【Novel Fiksyen Sains】CEZOXICA (Bab 1)

“Itulah sebuah mitos yang sangat tua. Pada zaman yang purba dan sudah dilupai, terdapat suatu peperangan yang hebat antara dunia syurga. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Lunaburna’ yang bermakna peperangan antara bumi dan bulan. Raja Rej dari negara bulan melancarkan serangan ke atas ratu lautan, Reena untuk menguasai dunia syurga dan manusia. Ratu Reena menentangkan tentera bulan bersama rakan seperjuangannya, Panglima Uox dari lautan barat. Namun, dalam peperangan tersebut, Ratu Reena telah dikianati oleh Panglima Uox dan dikalahkan dengan teruk. Baginda mengundur bersama pengikut-pengikutnya yang setia kepada dunia manusia. Mereka mendirikan sebuah pangkalan di sebuah pulau yang dikenali sebagai ‘pusat seluruh dunia’ – CEZOXICA. ”

“Demi membalas dendam dan merebut semula pemerintahannya, Ratu Reena dan pengikutnya telah mencipta sejenis senjata baru, dikenali ‘Sinaran Bumi’ untuk menyerang tempat kuasa Uox tetapi tindakannya gagal akibat bantuaan tentera bulan yang sempat menentang. Beribu-ribu pengikutnya telah terkorban dalam pertempuran tersebut. Dukacitanya, Ratu Reena meletuskan diri bersama Uox dan raja bulan. Namun begitu, sekumpulan kecil pengikut Ratu Reena terus menetap di pulau itu, dan mereka tidak akan mudah untuk mempercayai orang dunia luar... ...” Habis dibaca oleh Arthunonyx, seorang pemuda yang kurus dan bercermin mata. Tangannya menjunjung sebuah buku cerita, bernama [Mitos yang Dilupakan].

“Khaireen, cerita ini menarik tak?” Tanya Arthunonyx kepada gadis yang duduk di sebelahnya.

“Jangan bisinglah, cikgu sedang mengajar. Tolong jangan ganggu saya lagi.” Balas Khaireen, seorang gadis yang cantik yang merupakan gadis idaman kepada ramai pelajar lelaki, termasuk Arthunonyx.

*** **** *** **** ***

Matahari masih belum terbernam dan menyinari bumi dengan cahaya keemasan. Kelas 6AS2 dalam suasana sunyi yang di luar dugaan malah burung-burung turut riuh berkicau di atas sepohon wilow. Hari ini ialah Masihi 2005, 11 Haribulan Mei.

Pada ketika itu, “Menurut teori Charles Darwin, kewujudan manusia atau species Homo sapiens telah bermula pada tiga juta tahun yang lalu diakibatkan daripada proses evolusi. Evolusi bemakna penukaran sejenis organisma tertentu kepada sejenis organisma yang baru secara perlahan demi menyesuaikan diri dengan persekitaran yang kritikal. Walaubagaimanapun, teori itu masih belum dibuktikan.” Guru biologi 6AS2, Puan Surhaini sedang memberi penjelasan tentang evolusi.

“Khai... Khaireen.”

“Apa hal lagi, Artho?”

“Adakah kamu percaya, bahawa kita bertukar daripada orang utan?”

“Bukan bertukar, tetapi berevolusi. Oklah, tolong senyap.” Muka Khaireen sudah menjadi merah padam, bola matanya penuh dengan api kemarahan melihatkan Arthunonyx. Khaireen kelihatan tidak menyenangi tingkahlaku Arthunonyx.

“Aooooo...” Arthunonyx mengantuk, “Maafkan saya, puteri Khaireen.”

Khaireen tidak mempedulinya lagi.

*~~~ RING ~~~~ RING ~~~~ RING ~~~*

Loceng pertukaran masa berbunyi. Kelas biologi yang bosan itu (Hanya pada pendapat Arthunonyx) sudah tamat. Sebahagian pelajar termasuk Arthunonyx masih bermuka ceria dan bersemangat lagi kerana kelas Bahasa Inggeris adalah kelas yang terbebas, tersenang, terseronok antara kelima-lima subjek.

“Diminta semua pelajar perhatian, hari ini kelas kita akan dihuni seorang pelajar yang baru, namanya Shyne.” Kata Puan Shobana, guru tingkatan 6AS2 dan juga merupakan guru subjek Bahasa Inggeris.

Seorang gadis berjalan ke dalam kelas. Seluruh kelas menjadi sunyi sepi, Arthunonyx pun menahan nafas. Shyne, mempunyai anak mata yang besar dan berwarna biru atau aquamarine, dengan alis-alisnya ibarat bulan bengkok yang kurus panjang. Mulutnya kecil dan bibinya berwarna merah bunya raya berserta dengan senyuman yang menarik hati.

Kedua-dua mata Arthunonyx membesar tanpa dikelipnya selama seminit. (Dalam hati Arthunonyx, “Shyne, nama yang agak sedap, air mukanya yang elok juga, tapi, kenapa kelihatannya macam sangat sedih, peliknya”) Kemudian, semua pelajar memberi tepukan kepada Shyne sebagai tanda selamat datang. Muka Shyne menjadi merah dan duduk di tempat yang kosong sebelum ini. Sepanjang masa kelas Bahasa Inggeris, arah mata Arthunonyx hanya memerhati segala gerak-geri pelajar yang baru itu, segala perkara yang lain di dunia telah langsung dilupakan olehnya.

*~~~ RING ~~~~ RING ~~~~ RING ~~~*

Akhirnya, tibanya masa rehat. Dipercayai masa ini merupakan peluang keemasan bagi untuk Arthunonyx berkenalan dengan pelajar baru itu, Shyne.

“Shh... Shyne kah?” Hatinya berdenyut dengan rentak kuat dan cepat menyebabkan darah mengalir dengan deras di dalam kapilari bawah kulit mukanya. Namun, Shyne tidak memberi sebarang balasan.

“Shyne...” Percubaan kali kedua.

“Ya...” Muka Shyne kelihatan warna merah jambu, nampaknya sangat malu.

“Hai, saya... Arthunonyx, tapi kamu boleh panggil Artho...” Jantung Artho berbunyi ‘lub-dub-lub-dub-lub-dub... (“Apa terjadi kepada saya?!”) “Shyne, emm... bolehkah kita menjadi kawan?”

“Emm... ... boleh... Arthuno... Arthonomix? Maafkan saya.”

“Tak apa, kamu boleh terus panggil saya Artho, ibubapa saya memberikan nama itu dengan aneh sekali.”

“Tidak, namamu berbunyi futuristik. Hmm... Artho, buku yang diletak di atas meja kamu, bolehkah saya pinjam sekejap?”

“Ohh... mestilah boleh.” Artho segera menghulurkan buku cerita [Mitos yang Dilupakan] kepada Shyne, “Buku ini telah mencatatkan semua mitos yang sudah kita lupai. Cerita sungguh menarik sekali. Terutama, ‘Keruntuhan Istana Terapung Atlantis’, ‘Peristiwa Kehilangan Gunung Muno...”

Namun, segala yang dicakap oleh Artho kelihatan tidak didengari oleh Shyne. Matanya hanya merenung ke sekeping gambar di muka hadapan buku itu, iaitu sebuah pulau yang terselindung separuh dalam kabut, pemandangan agak rasa misteri.

“Itulah pulau Cezoxica.” Kata Artho.

“Ahh... Cezoxica?!?!” Shyne terkejut. Tetapi, dua saat kemudian, mukanya berubah kembali kepada biasa, “Maafkan saya, tadi saya terfikir sesuatu.”

“Ohh... tak apa.” Artho membalas, “Menurut buku itu, pulau Cezoxica terletak di selatan Lautan Pasifik, tetapi sampai kini, saintis masih belum mendapat sebarang fakta untuk membuktikan kewujudan pulau tersebut.”

“Hmm... saya juga pernah mendengar mitos itu, daripada nenek saya. Cezoxica merupakan sebuah tempat yang misteri, dan pulau adalah hidup, dan boleh bergerak ke mana-mana sesuka hati.” Kata Shyne.

“Ehh... itu saya tidak pernah dengar, pulau yang bernyawa... wah, sungguh menarik.” Kata Artho dengan perasaan yang bersemangat sekali.

“Ya.” Shyne membalas senyuman yang sedap, “Tetapi itu hanyalah mitos sahaja, tiada bukti saintifik juga.”

“Walaupun mitos tidak disokong dengan bukti yang kukuh, tetapi mitos merupakan suatu catatan yang diperhatikan oleh orang purba, kita harus mempercayai orang purba... emm... dan juga nenek kamu.” Kata Artho, hatinya gembira. (“Perbualan kita sudah mencapai lima minit!!!”)

Shyne tersenyum, “Tentu saya mempercayai nenek saya, jangan kata yang bukan-bukan.”

“Jadi, saya berhasrat untuk membawa kamu pergi ke pulau Cezoxica, menjadi orang pertama dan kedua yang menemui pulau itu. Nanti orang masa depan akan menamakan pulau itu ‘Pulau Cezoxica Arthoshyne’.”

Air muka Shyne bertukar merah lagi, “Tak perlu bawa saya... apa Arthoshyne? Jangan gurau lagi.”

沒有留言: