星期六, 9月 05, 2015

【Novel Fiksyen Sains】CEZOXICA (Bab 2)

Pagi itu tidak begitu cerah kerana matahari baru mula terbit dari timur. Angin pun berhembus sekali-kala. Kebanyakan pelajar sedang tidur lenyak di atas katil masing-masing tetapi Artho sudah menguburkan sendiri dalam berpuluh-puluhan buku di dalam perpustakaan yang besar tetapi kosong itu. Memang tidak boleh dinafikan, Artho bukan sedang mencari maklumat untuk pelajarannya tetapi sedang mengejar impian ‘Arthoshyne’.

Artho sedang membaca maklumat-maklumat tentang pulau Cezoxica yang direkod dalam Ensiklopedia Britainica, “Orang yang pertama menemui pulau Cezoxica ialah seorang biologis Inggeris, Charles Darwin. Menurut seorang anak kapal yang bersama Darwin, peristiwa berlaku pada 15 haribulan September, tahun Masihi 1835, kapal HMS Beagle yang diketuai oleh Charles Darwin berjaya melalui Selat Megallan dan tiba ke Pulau Galapagos. Pasukan Darwin telah menetap di pulau itu selama sepuluh hari untuk mencari bukti-bukti yang kukuh kepada teorinya.”

“Pada pagi 26 haribulan September, ombak tiba-tiba menjadi garang akibat taufan dan menyebabkan tsunami berlaku. Pada masa itu, Darwin dan anak-anak kapal terjumpa suatu cahaya hijau dari laut. Cahaya itu datang dari sebuah kapal, sebuah kapal yang bersaiz gergasi, lebih seratus berkali besar daripada kapal Beagle. Selain itu, mereka juga terdengar bunyi ‘Wuuzuu... Wuuzuu...’ semasa kapal itu menghampiri Pulau Galapagos, mereka berpendapat bahawa itu mungkin ialah bunyi dari enjin kapal aneh itu. Keadaan itu berterus selama dua jam, kemudian kapal itu telah menghilangkan diri bersama ombak-ombak dan taufan.”

“Selepas berpuluh-puluh tahun, mitologis dan ahli sejarah terkenal Alfonso Lasca mengemukakan bahawa kapal aneh yang ditemui oleh Darwin kemungkinan besar ialah pulau bergerak – Cezoxica.” Habis dibaca oleh Artho, dan hatinya timbul pelbagai soalan. Adakah Cezoxica ialah sebuah pulau atau sebuah kapal?

 *~~~ RING ~~~~ RING ~~~~ RING ~~~*

“Kelas, hari ini Puan Surhaini terjatuh sakit, mungkin dia tidak akan datang ke sekolah selama seminggu.” Ketua kelas membuat pengumuman, “Encik Ercester akan menggantikan Puan Surhaini selama minggu ini.”

“Salam sejahtera, pelajar-pelajar. Nama saya Ercester.”

Penglihatan Artho seperti biasa terjatuh ke atas Shyne. Daripada pemerhatiannya, dia mendapati Shyne sedang memikir sesuatu dan badannya mengigil. Artho berasa hairan dan ingin menanya sebabnya. Pada masa itu, Shyne tiba-tiba berdiri lalu berlari ke luar kelas.

“Shyne!! Apakah terjadi?!”

“Jangan lari!!”

Artho serta-merta bergegas ke arah Shyne. Dari muka Shyne, dia kelihatan sangat cemas dan takut seperti menghadapi sesuatu yang ngeri. Artho mempercepatkan langkahnya supaya boleh mengikut Shyne.

“Shyne...” Artho menghentikan Shyne.

“Ah!!! Jangan mendekati saya, saya tidak akan menyerah batu Creanton kepada kamu.” Ekspresi mukanya menunjukkan ketakutan.

Artho terperanjat, mindanya sudah menjadi kelam-kabut.

“Shyne, sayalah Artho.” 

Pada ketika itu, Shyne tunduk kepala, air mata sudah berlinangan di bola mata tetapi dia tetap menahankan tangisan.

“Shyne, jangan takut. Apakah telah berlaku?” Tanya Artho dengan prihatin. Shyne tidak memberi balasan. “Atau sesiapa telah menganiayai Shyne, saya tentu membelasahnya sekuat-kuatnya.”

“Dua tahun yang lalu,” Shyne berkata, tetapi tercungap-cungap, “Nenek saya, ibubapa saya dan sekeluarga saya telah... telah... dibunuh...” Akhirnya, Shyne gagal mengawalkan emosinya dan mula menangis. Bagi Artho, itu merupakan masalah terbesar semasa seorang gadis menangis di hadapannya. Dia telah mengalami ketandusan idea dan perasaan cemas menyebabkan titik peluh membasahi bajunya.

Beberapa minit kemudian, Shyne menerus lagi, “Keluarga saya dibunuh oleh mereka kerana enggan memberitahu suatu rahsia... dan sekarang, mereka sedang memburu saya... saya sangat takut... sangat sangat takut...” Air matanya mengalir lagi.

Artho benar-benar terkejut selepas mendengar penerangan Shyne. Walaubagaimanapun, prinsip ‘kelelakian’ yang disimpan dalam hatinya dibangkitkan semula. (“Sebagai lelaki yang sebenar, melindungi keselamatan perempuan merupakan tanggungjawab terbesar kepada kaum lelaki.”)

“Usahlah bimbang, Shyne. Saya akan melindungi kamu. Yang penting itu, siapakan mereka semua yang jahanam itu?”

“Mereka dari pihak TENTERA.”

Jawapan Shyne betul-betul di luar sangkaan Artho! Pihak tentera yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan negara, tetapi membunuh sebuah keluarga rakyat biasa dan memburu seorang gadis yang tidak berdosa?! Langsung tidak masuk akal!!

Pada ketika itu, Encik Ercester muncul di hadapan mereka. “Artho, Shyne, apakah kamu kedua-dua buat di sini? Marilah balik ke kelas.”

“Ah... bagus, cikgu sudah datang. Shyne, marilah... eh?!?!” Artho berasa sesuatu tidak kena. Shyne sedang berundur ke belakang perlahan-lahan, dia di dalam ketakutan.

Encik Ercester bertanya, “Apakah telah terjadi, Shyne?” Pada masa itu, nadanya bertukar tajam, “Shyne... oh... bukan, sepatutnya Puteri Sherene Yuneo CEZOXICA.”

PUTERI SHERENE YUNEO CEZOXICA?!?!?! 

Artho terkejut. Perkataan ‘Cezoxica’ telah meggemparkannya. Dia langsung tidak percaya apa yang dia dengar. (“Sherene Yuneo... Ce... Cezoxica? Adakah itu nama benar Shyne? Tidak mungkin!”) Pada masa itu, Shyne ingin melarikan diri, tetapi Encik Ercester telah mengeluarkan sepucuk pistol berjenis automatik dan menunjuk ke arah mereka.

Dalam situasi yang genting itu, Artho, tanpa memikir banyak, menggunakan badannya untuk menghalangkan mulut pistol itu di depan Shyne.

“Lari, Artho. Jangan peduli saya, itu bukan perkara kamu. Nanti kamu akan ditimpa kebahayaan.” Minta Shyne, dia tidak harap Artho berkorban tanpa sebab.

“Tidak!! Saya tidak akan tinggalkan kamu!!”

“Hahahaha...” Encil Ercester ketawa dengan muka yang licik. “Bagus! Masih ada orang yang tidak takut mati. Sungguh berani!!” Dia terus berkata, “Jangan bimbang, saya tidak akan bunuh kamu, saya perlukan kamu untuk memimpin kami pergi ke tempat asal kaummu, pulau Cezoxica.”

Pada masa itu, beberapa orang yang bercermin hitam dan berpakaian kot hitam muncul dari semua arah. Mereka adalah pengikut-pengikut Encik Ercester.

“Tangkap budak-budak itu.” Encik Ercester arah.

“Shyne, cepat lari!!” Artho cuba menghalangkan mereka daripada menangkap Shyne. Dalam pertengkaran, “Pok!” Artho dipukul oleh seorang pengikut Encik Ercester, “Arrrgghh...” Artho kehilangan kesedaran lalu pengsan.

“Artho!” Shyne terkejut.

“Maafkan saya, Puteri Sherene.” Nada Encik Ercester menjadi sopan, “Jika kamu ingin budak itu selamat, sila ikut arahan saya.”

Entah berapa hari kemudian, otak Artho mula berfungsi, kesedarannya sedang memulihkan perlahan-lahan. “Adoi, sakitnya.” Dia berasa sakit masih ada di bahagian kepalanya. Hatinya sedang mencari jawapan. (“Manakah tempat ini? Manakah Shyne?”) Dia mendapati bahawa dia berada di dalam bilik yang kecil.

Tiba-tiba, Artho tersepak sesuatu. “Ahhh!!!” Iaitu selonggok rangka tulang manusia. Rangka tulang tersebut agak sempurna, tiada sebarang kerosakan atau kesan cedera, kemungkinan orang itu dikurung di bilik ini sehingga mati kelaparan. Dia mula berasa takut, bukan takut akan kematian malah takut akan kesunyian. Perutnya juga lapar, tenaganya pula hampir mencapai tahap ‘kosong’. Namun, semangat terus berhidup tidak mengurang secara relatif. (“Shyne!! Saya tidak akan mati begitu mudah!!”)

“Eh... pakaiannya masih baru, nampaknya orang itu baru mati.” Mindanya memberitahunya. Dia terjumpa sekeping label nama di lantai, “Profesor Las... Lasca? Eh... nama itu macam pernah dengar.” Mindanya sedang mencari memori-memori tentang orang itu.

“Lasca? Lasca!! Ahh... saya ingat, Alfonso Lasca.” Dia teringat penjelasan tentang Cezoxica dalam Ensiklopedia Britainica yang dibaca oleh dia beberapa hari lepas.

“Eh... apakah buku itu?”

Artho memungut sebuah buku, “[Kajian tentang Cezoxica]?! Eh... Cezoxica lagi?!?!”

Keinginan untuk mengetahui kebenaran telah mengatasi kelaparan dan keletihan yang dialami. Artho segera menyapukan abu-abu lalu membaca. Tulisan buku itu kebanyakan ditulis oleh tangan, mungkin buku itu ialah rekod kajian profesor itu.

Artho mula membaca, “Cezoxica, sebuah pulau yang penuh dengan misteri, terdapat berbagai-bagai mitos tentang tempat itu. Nama ‘Cezoxica’ tersebut pertama dicatat oleh ahli falsafah Yunani, Plato dalam cerita tentang darat besar Atlantis yang sudah tenggelam. Selama berpuluh-puluh tahun kajian oleh ahli sejarah, mereka berpendapat bahawa Cezoxica mempunyai kaitan dengan Atlantis walaupun Cezoxica bukan berada di Lautan Atlantik.”

“Dalam pemerhatian dan penyelidikan saya dalam beberapa tahun ini, saya mendapati Cezoxica dan Atlantis merupakan pulau buatan manusia PRA-SEJARAH yang bertamadun tinggi, iaitu kira-kira 30000 tahun yang lepas. Kedua-dua tempat merupakan pangkalan tentera yang canggih dan berteknologi tinggi yang dibina oleh manusia purba. Pada zama purba, dunia kita dipercayai pernah berlaku satu perang nuklear yang hebat. Perang itu telah hampir membunuh seluruh manusia dan memusnahkan kesemua tamudun di bumi. Atlantis telah lenyap dalam peperangan tersebut dan Cezoxica masih berada di bumi tetapi kedudukannya susah dikesan kerana pulau itu boleh bergerak secara automatik. Tetapi, pada pendapat saya, dalam beberapa tahun ini, pulau Cezoxica akan berada di kawasan tenggera Lautan Pasifik...” Artho membaca dengan teliti.

“... Saya mendapati bahawa kebanyakan hipotesis saya dahulu adalah salah selepas saya bertemu dengan seorang gadis yang aneh. Namanya Sherene Yuneo. (“Itulah Shyne!”) Dia ditangkap oleh Jeneral Durland kerana gadis ini merupakan keturunan Cezoxica dan dia juga memiliki satu batu ajaib yang dipercayai boleh mengesan kedudukan Cezoxica dan mengaktifkan senjata teragung pulau itu. Saya telah melawati dia beberapa kali semasa dia dikurung. Pada mulanya, dia tidak percayai kepada saya...” Artho membaca sambil mencakarkan kepalanya.

“... Dalam perbualan kita, saya telah tahu tujuan Jeneral Durland tergesa-gesa untuk mencari Cezoxica, saya mesti menghalang konspirasi jahatnya...”

Akhirnya, dia berjaya membaca sehingga muka surat terakhir, “... hari ini ialah 2 Februari 2005, juga hari ketiga saya terkurung. Saya tidak menyesal kerana melepaskan Sherene dan saya bersedia untuk mati. Sherene, semoga kamu boleh selamat...”

“Ah, rupanya Shyne pernah diselamat oleh Profesor Lasca.” Hatinya berterima kasih kepada Profesor Lasca. (“Profesor Lasca, saya berjanji saya akan melindungi Shyne daripada segala risiko dan bahaya. Harap rohmu boleh tenang, dan sentiasa berada di pangkuan-Nya.”)

Pada masa itu, Artho berasa dia tidak boleh berdiri dengan tegak dan kepalanya sangat pening lalu muntah. Bumi sedang bergongcang dengan kuat. Badannya tidak stabil lalu terjatuh ke lantai. 

“Adoi! Apa yang berlaku?! Gempa bumi kah?” Bumi terus bergoyang, semakin kuat.

Tiba-tiba, pintu bilik dibuka. “Artho!” Satu suara merdu yang mengejutkan hati Artho. Minda Artho segera pulih kerana dia terdengar suara orang yang sentiasa dirindui olehnya. Itulah Shyne!!!

“Shyne!!!” Artho menjerit kuat dan penuh dengan gembira, “Kenapa kamu berada di sini?”

“Encik Ercester melepaskan saya.”

“Eh... kenapa? Apakah muslihatnya?” Artho berasa sesuatu yang tidak kena.

“Saya juga berasa hairan semasa dia melepaskan saya.” Balas Shyne. “Kapal ini sedang menuju ke pulau Cezoxica.”

“Eh? Kita berada di dalam sebuah kapal?”

“Ya, sebuah kapal induk.”

“Kapal induk?! Apa yang Ercester ingin buat? Berperang?”

“Sebenarnya, kapal induk ini diketuai oleh Jeneral Durland, dan Ercester hanya salah seorang pengikutnya.”

Sementara itu, Shyne terjumpa rangka tulang Profesor Lasca. “Ahh... siapa itu?”

Hati Artho menjadi berat, tidak tahu apa yang perlu dijawab. Dia tahu hati Shyne akan sedih jika dia mendapat tahu orang yang pernah menyelamatkannya hanya tertinggal longgokan tulang. Namun, Artho tetap memberitahu Shyne identiti mayat itu.

“Dialah... Profesor Lasca...”

“Ahh.. Pro.. Profesor Lasca... tak mungkin!” Shyne tidak percaya, “Jangan tipu saya!”

Artho tidak berkata apa-apa. Dia hanya menghulurkan label nama dan buku Profesor Lasca kepada Shyne.

Air mata Shyne melintangi mata. Shyne ingin menangis sekuat-kuat hatinya, tetapi sudah ditahankan.

“Shyne, saya telah berjanji dengan Profesor Lasca, saya akan melindungi kamu selama-lamanya.”

*** **** *** **** ***

沒有留言: