星期日, 9月 13, 2015

【Novel Fiksyen Sains】CEZOXICA (Bab 3)

“Tuan, kita sudah sampai ke destinasi. Yang depan itu ialah pulau Cezoxica.” Lapor seorang askar kepada Jeneral Durland.

“Syabas. Dengan pulau ini, saya boleh merealisasikan impian saya. Dunia ini akan dimiliki oleh saya tidak lama kemudian.”

“Semua unit, bersedia untuk mendarat ke pulau Cezoxica.” Arah Jeneral Durland.

“Bagus, akhirnya kita berjaya menemui pulau misteri itu.” “Yeah~ mungkin dalam pulau itu tersimpan pelbagai batu permata.” “Pasti ada banyak harta karun, saya tidak akan melepaskan peluang ini!” “Kitalah orang pertama mendarat ke pulau ini!!” Sorak-sorakan dari pasukan tentera.

Kapal induk Jeneral Durland berjaya mengatasi ombak yang garang dan angin taufan yang kuat, akhirnya sampai ke pulau misteri itu yang telah wujud beribu-ribu tahun lalu. Kapal induk berlabuh, beratus-ratus askah dan kereta tebal sedang mendarat ke pulau itu.

*** **** *** **** ***

“Shyne, kapal ini sudah berhenti, kita mungkin sudah tiba di pulau Cezoxica.”

Artho dan Shyne berjalan keluar ke geladak dari kabin kapal, mereka menyembunyikan diri supaya mereka tidak ditemui oleh pasukan tentera,

“Ramai orangnya. Nampaknya Jeneral Durland memang ingin menjajahi pulau ini.”

“Mari kita turun dari kapal.” Kata Artho.

Pulau Cezoxica, sebuah pulau yang penuh dengan pelbagai misteri. Sudah beribu tahun pulau ini telah dicari oleh beratus ahli sejarah, ahli geografi, saintis dan mitologis. Akhirnya, pulau misteri ini telah berjaya ditemui. Keluasan pulau ini tidak sebesar seperti apa yang dicatat dalam mitos-mitos purba. Sebahagian besar pulau ini dilitupi hutan dan tiada sebarang tanda hidupan dalam hutan. Terdapat sebuah menara yang tinggi terletak di tengah pulau. Menara itu mencakar ke langit sehingga tidak dapat nampak hujungnya.

*** **** *** **** ***

Artho dan Shyne memijak pasir pantai yang halus putih itu.

“Shyne, apa yang perlu kita buat sekarang?” Tanya Artho.

“Emm... sekarang kita perlu pergi ke pusat kawalan yang terletak di dalam menara itu.”

“Bagaimana hendak jalan menuju ke sana?”

“Nenek pernah beritahu saya jalan singkat yang menghubungkan dengan pusat kawalan.”

Shyne mengetuai Artho memasuki sebuah gua yang suasana gelap. Jelasnya, gua ini bukan gua semulajadi tetapi gua ini merupakan terowong buatan manusia.

Segalanya gelap. Angin sejuk membekukan. Perjalanan ini sangat panjang dan meletihkan. Hati Artho mula gelisah, titik peluh ‘ketakutan’ telah membasahkan seluruh badannya. Tiba-tiba, “Zeeerrrgggg.....” satu sinaran hijau dilepaskan dari batu Creanton mencerahkan seluruh ruang bilik...

Artho terkejut dan tidak percaya apa yang dinampak oleh matanya. Satu skrin komputer yang besar berada di depanya. Beratus buah mesin semacam CPU dilekat pada dinding kaca. Sinilah bilik pusat kawalan pulau Cezoxica. Segala benda di dalam bilik ini telah melampaui teknologi masa kini. Artho berasa sangat kagum dengan tamadun Cezoxica yang anggung.

“Wah~~ tidak sangka manusia Cezoxica telah memiliki teknologi yang begitu canggih pada 30000 tahun dahulu.

Shyne tidak membalas, dia mengeluarkan batu Creanton lalu berjalan mendekati komputer itu.

*~~~Shhh~~~~Shhhh~~~~~Shhhhaaaaa~~~~~*

Tiba-tiba, seluruh tempat menjadi terang dengan serta-merta. Cahaya bukan dari lampu tetapi dari pantulan dinding kaca. Diikutinya dengan pengaktifan komputer besar itu.  Pada masa itu, suatu imej hologram manusia berpakaian serupa angkasawan muncul di depan mereka.

“Shhhha... Shhhaaaaaa... (Dalam bahasa Cezoxica) Tahun CZ 3466, 17 haribulan Taurus. Saya Jeneral Quenon, komander tertinggi tentera pertahanan Cezoxica. Menurut sebuah laporan dari medan pertempuran --- kawasan bulan timur, Presiden Republik Atlantis, Uox Aries telah mengkianati persekutuan ‘Penjanjian Bumi’ dan menyertai kuasa musuh kita, Empayah Bulan Merah. Dalam pertempuran itu, tentera kita mengalami kekalahan yang teruk, Ratu Reena kita dan ramai komrad telah terkorban. Kepada semua unit tentera Cezoxica, Negara Atlantis berani berpakat dengan makhluk bulan untuk menentang warga bumi sendiri, ini merupakan dosa yang tidak boleh dimaafkan!!!”

“Tahun CZ 3466, 9 haribulan Leo. Dari segi kekuatan tentera, negara kita tidak mampu menentang pakatan Atlantis dan bulan, kita terpaksa mengambil keputusan menggunakan senjata baru kita --- ‘Sinaran Bumi’ walaupun senjata itu hanya masih dalam tahap eksperimen. Senjata itu telah menggunakan teori pembelahan nukleus atom dengan membebaskan tenaga dan sinaran gama. Selepas itu, sinaran gama yang dilepaskan akan dibesarkan sebanyak lima juta kali ganda melalui kanta cekung yang diubahsuai. Kuasa itu dapat mencapai kuasa yang dibebaskan oleh 300 ribu biji bom nuklear meletup pada masa yang sama. Ini adalah kuasa yang amat menakutkan tetapi kita tiada pilihan lain lagi. Demi seluruh manusia bumi, kerajaan kita telah bersedia mengadakan peperangan nuklear dengan Atlantis dan bulan merah!!”

“Tahun CZ 3466, 30 haribulan Sagittarius.  Kita berjaya menembak ‘Sinaran Bumi’ ke bulan. Beribu metropolis negara bulan merah hancur dalam sekelip mata, sebahagian besar kawasan bulan telah menjadi tanah gambus. Bulan yang pernah mencapai zaman tamadun yang makmur telah menjadi sebuah planet maut selama-lamanya. Ketika kita sedang meraikan kemenangan negara kita, peristiwa yang dahsyat telah berlaku dan ini merupakan Hari Kiamat kepada seluruh bumi. Pengkianat Uox Aries bersama sebilangan kecil makhluk bulan yang selamat dalam serangan ‘Sinaran Bumi’ membalas dendam ke atas kita. Mereka melancarkan serangan virus ke seluruh permukaan bumi. Virus itu sangat luar biasa, selain dapat membunuh kita, ia juga boleh menghakis segala bangunan dan kenderaan serta benda-benda buatan manusia. Kita gagal menangani bencana ini, kita hampir pupus...”

Imej tersebut berhenti. Hati Shyne telah menjadi dingin, rupanya manusia prasejarah telah pupus akibat satu peperangan yang zalim dan ketidakperikemanusiaan.

“Shyne, apa dia cakap tadi?” tanya Artho dengan hati yang tidak sabar kerana dia tidak faham tentang bahasa Cezoxica.

Shyne memterjemahkan apa yang telah disampaikan oleh Jeneral Quenon tadi. Hati Artho semakin membara dan dipenuhi dengan perasaan hairan. “Serangan ke atas bulan?!! Eh, takkan itulah satu sebab menjadikan bulan pada masa kini berlubang-lubang besar?!?!”

Pada masa itu, dia juga teringat kuasa-kuasa dunia sekarang sedang melibatkan diri dalam perlumbaan pembangunan senjata nuklear. Adakah sejarah itu akan berulang lagi? Dia tidak berani memikirkan lagi.

“Peliknya, Shyne. Seluruh tamadun dunia manusia prasejarah telah lenyap, kenapa pulau Cezoxica boleh terselamat?” Tanya Artho.

“Kerana pulau ini dilindungi oleh sistem pertahanan rintangan laser elektronik.” Suara itu bukan dari mulut Shyne, tetapi...

“Ercester!!” Artho dan Shyne menjerit bersama-sama.

“Wuahahahahaha, cerita tadi itu sungguh menarik!!” Ketawa Ercester, tangannya memegang sepucuk pistol dan menunjuk ke arah mereka.

Secara automatik, tangan Artho menggayakan melindungi Shyne. Kedua-dua matanya mengeluarkan sinaran kemarahan.

“Apa yang kamu nak sebenar?” Tanya Artho.

“Hahahaha, saya Cuma ingin mendapatkan batu Creanton itu. Beri kepada saya, cepat!!!”

Artho tidak tahu apa yang perlu dibuat seterusnya. Dia melihat reaksi Shyne. Namun, muka Shyne tidak menunjukkan sebarang perasaan cemas ataupun ketakutan malah dia tersenyum.

Shyne akhirnya membuka mulut, “Inilah batu Creanton.” Lalu melontarkan batu itu kepada Ercester. (“Ehh?! Kenapa Shyne berbuat demikian?!”) 

“Ercester, batu Creanton tidak berguna bagi kamu.” Kata Shyne.

“Hahahaha, Sherene. Kamu terlalu memandang rendah terhadap kebolehan saya. Kamu tentu akan menyesal. Wuahahaha...” Ketawa Ercester.

Jishumn Yeongrushimasu Ucolaraxsu Maraytianas.” Entah bahasa apa dibaca oleh Ercester.

Selepas habis bacaan Ercester, satu sinaran merah dibebaskan dari batu Creanton. Pulau Cezoxica mula bergoyang.

Wuuzuu... Wuuzuu... Wuuzuu... Wuuzuu... Wuuzuu... Wuuzuu..

Shyne terkejut atas tingkah laku Ercester. “Ke... kenapa kamu tahu kata laluan itu? Kamu sebenarnya SIAPA?!?!”

“Hahaha, Sherene. Nama beta ialah Enon Cesiter CEZOXICA, terkejutkah kamu, Sherene Yuneo?” Kata Ercester.

Artho dan Shyne terperanjat bersama-sama, tidak disangka Ercester juga seorang manusia keturunan Cezoxica.

“Wahai, Sherene yang saya sayangi, rupanya kita adalah saudara. Marilah kita bersama-sama membina semula kemakmuran tamadun Cezoxica, HAHAHAHAHA...” Suara ketawanya telah membanjiri seluruh ruang bilik itu.

“Jangan mimpi. Cezoxica telah lenyap 30000 tahun lalu. Apakah tujuan sebenar kamu, Ercester?” Tanya Shyne.

“Mengarut!!!” Ercester menjadi marah, “Kamu tahu tak, kita adalah manusia yang lebih unggul, lebih berkeupayaan daripada manusia sekarang.” Dia menuding jarinya ke arah Artho. “Semasa kita memiliki kapal angkasa lepas dan tamadun yang maju, nenek moyang manusia liar ini masih tinggal bersama orang utan di dalam hutan!! (“Cis, berani kamu kata saya seorang manusia liar!!”) Adakah dunia ini patut diperintah oleh manusia yang tidak bertamadun?” Jelas Ercester.

“Ya, oleh kerana kita terlalu bertamadun, mencipta berbagai-bagai senjata kuat sehingga menyebabkan kita semua pupus!!” Bantah Shyne. “Kamu tahu tak kenapa nenek moyang kita enggan menetap di sini lagi dan berpindah ke daratan besar? Ini kerana nenek moyang kita ingin mengajar, mendidik manusia yang baru bertamadun pada 7000 tahun yang lalu, supaya mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh nenek moyang kita pada 30000 tahun dahulu.”

“Kamu tipu!!! Minda kamu mesti telah dicemari oleh fikiran manusia liar itu!”

!!! BAMM !!!

Ercester menembak Artho, nasib baiknya, Artho mengelak dengan cepatdan membawa Shyne melarikan diri dari bilik itu.

“Hahaha, tiada orang akan halang beta lagi! Mula dari sekarang, beta ialah maharaja dunia ini. Icolazoc Wodilanaucaa!!!”

“Shyne, apakah orang gila itu berkata?” Tanya Artho.

“Oh... tidak!! Dia ingin menghidupkan sistem ‘Sinaran Bumi’!!!”

“Cis, kita mesti menghalangkannya!!”

*** **** *** **** ***

沒有留言: