星期一, 9月 14, 2015

【Novel Fiksyen Sains】CEZOXICA (Bab 4)

Pada masa itu, pulau Cezoxica mulai bergerak dan menaik dari aras laut, semua sistem pertahanan berkomputer yang lengkap di seluruh kawasan pulau diaktifkan, dan seterusnya melancarkan serangan kepada askar-askar yang berada di pulau itu.

~~~ Suuumuu ~~~~ Suuumuuu ~~~~ Suuumuuu ~~~

Tembakan-tembakan laser entah dari mana menyerangkan pasukan tentera dan kereta-kereta tebal Jeneral Durland. Letupan-letupan berlaku di seluruh pelosok kawasan pulau. Askar-askar melarikan diri sambil memekek “Tolong!!” dengan kuat.

“Apa yang terjadi?” Jeneral Durland terkejut dengan kejadian yang berlaku secara tiba-tiba ini.

“Wuahahahaha...” Suara Ercester wujud, kedengaran di seluruh kawasan pulau Cezoxica. “Jeneral Durland yang saya hormati, kamu sudah lambat, kesiannya. Mula dari sekarang, beta Enon Cesiter adalah maharaja dunia ini, beta akan menguasai seluruh dunia tidak lama nanti.”

“Apa telah terjadi kepada kapten Ercester, sudah gilakah?! Diminta semua unit mengambil perhatian, anda diarah melancarkan serangan untuk memusnahkan pulau ini!” Arah Jeneral Durland yang berada di dalam bilik komander kapal induknya. “Cis, berani kamu menentang pihak tentera!”

Beratus-ratusan peluru dilancarkan ke arah menara pulau Cezoxica itu, tetapi tindakan sistem pertahanan pulau ini amat cekap dan tepat, semua peluru yang mendekati menara itu sudah ditembak jatuh.

“Hahahaha, jangan berharap untuk menentang beta, kamu semua adalah manusia yang lemah.”

Askar-askar Jeneral Durland bertempur bermati-matian menentang sistem pertahanan pulau itu. Namun, semua askah telah terkorban dan terbunuh.

“Tak guna! Cepat minta bantuan dari ibu pejabat.” Arah Jeneral Durland.

“Wuahahahahaha, Jeneral Durland, kamu sungguh bernasib baik kerana kamu dapat menikmatan kehebatan ‘Sinaran Bumi’ sebelum kamu mati!!”

“Apa itu?!?!”

Suatu sinaran merah dikeluarkan dari bahagian hujung menara Cezoxica dan menembak ke arah kapal induk Jeneral Durland.

!!! BOOOOOOM !!!

Satu letupan yang kuat sekali menyebabkan bumi menggoncang. Kapal induk itu bersama-sama Jeneral Durland telah dihancurkan dalam sekelip mata. Tiada sisa-sisa tertinggal walaupun sebiji abu.
“Oh... cantiknya, awan cendawan ini, wuahahahaha~~~~~~”

*** **** *** **** ***

Seluruh badan Artho telah kaku apabila melihat kekuatan ‘Sinaran Bumi’.

“Shyne, kita harus menghalangkannya, jika tidak seluruh dunia akan dimusnahkan olehnya!”

Shyne berdiam sahaja, kelihatannya sedang memikir sesuatu.

“Saya sudah faham, saya sudah faham kenapa nenek ingin saya belajar kata laluan ‘MUSNAH’. Nenek berharap saya boleh memusnahkan pulau ini, itulah cita cita peninggalan nenek saya.” Kata Shyne, “Inilah pepatah kata nenek, ‘Kadang-kala, tamadun merupakan suatu ancaman.’ Akhirnya, saya sudah faham maksudnya.”

Erokoxia Formikia Ecorocxcia Adomisdas...” 

Seluruh pulau Cezoxica mula bergoyang lagi, dan tenggelam ke dalam laut perlahan-lahan.

Rediraxia Aretaunisca Alofozinia Chikuyasho...” 

Menara Cezoxica mula runtuh, semua sistem komputer di pulau itu kehilangan fungsinya. (“Ah!! Shyne ingin memusnahkan pulau ini walaupun sini merupakan tanah airnya.”)

Sementara itu, beberapa titis air mata telah terkeluar. Walaupun Shyne tidak sampai hati berbuat demikian, namun demi keamanan seluruh dunia, dia perlu meneruskan.

“Apa yang telah terjadi?! Kenapa perkara ini berlaku?!” Ercester telah menjadi gila, dia takut kehilangan mimpi empayarnya. Dia keluar dari bilik pusat kawalan dengan segera untuk mencari sebab-sebab kejadian ini berlaku.

Dia terjumpa Artho dan Shyne.

Austoma Alfacorysna...” Shyne masih tengah membaca kata laluan ‘MUSNAH’ yang panjang manakala Artho berdiri di depan Shyne sambil melindungi dia.

“Sherene!!!! Jahanam kamu!!! Tak sangka kamu sampai hati memusnahkan tempat asal nenek moyang kita!! Kamu juga ialah seorang pengkianat!! Matilah!!!”

!!! BAMM !!!

“Shyne!!!” Artho segera menolak Shyne ke tepi dan menghalangkan tembakan Ercester. Sebutir peluru menembusi badan Artho.

“Aaarrgghhh!!” Artho terjatuh ke atas lantai.

Nusahgalia Hitecezsamus Nahselamsya!!!” Shyne baru habis baca kata-kata yang panjang itu.

“Arho!!! Artho!!! Jangan kamu...” Shyne cemas dan menangis.

“Jangan bimbang, Shyne. Saya masih baik. Keadaaan sini sangat bahaya, mari kita lari cepat!!”

Artho memegang kecederaannya dengan kuat untuk menghentikan pendarahan dan membawa Shyne melari dari menara Cezoxica. Pada masa itu, cuaca bertukar dari warna langit kepada biru hitam. Angin semakin kencang meniup, ombak bergelora kuat. Pulau ini sedang tenggelam dengan cepat. Suasana huru-hara di seluruh pulau.

“Ercester!! Kamu juga lari cepat!!” Artho menjerit kuat.

“Beta hidup untuk Cezoxica, mati juga untuk Cezoxica. Empayah Cezoxica hidup selama-selama... hahahahaha...”

Tidak lama kemudian, menara Cezoxica runtuh bersama Ercester.

Artho dan Shyne berlari dengan cepat ke arah pantai. Pulau ini sedang membenam ke dalam laut. Mereka segera terjun ke dalam laut dan memegang sekeping kayu untuk terapung di lautan.

Seluruh pulau Cezoxica akhirnya telah ditenggelam oleh air laut. Tamadun Cezoxica yang pernah mempunyai zaman yang gemilang dan makmur dalam sejarah bumi akhirnya lenyap selama-lamanya. Ini melambangkan ketamatan tamadun manusia prasejarah. 

*** **** *** **** ***

沒有留言: