星期三, 9月 16, 2015

【Novel Fiksyen Sains】CEZOXICA (Bab 5/Terakhir)

Perasan yang sedih. Bukan Shyne, tetapi Artho.

“Pulau Arthoshyne saya~~~” Keluh Artho.

“Artho, cepat lihat, depan ada sebuah pulau.” Kata Shyne, “Kita telah selamat!”

Hati kecewa Artho tadi tiba-tiba bersemangat lagi. (“Harap pulau itu belum ditemui oleh manusia.”)

Memang, pulau itu ialah sebuah pulau tandus, pulau yang belum dicemar oleh jejak-jejak manusia.

“Shyne.”

“Eh?”

“Saya mengisytiharkan bahawa nama pulau ini ialah Pulau Arthoshyne Cezoxica.”

Shyne tidak membalas, hanya memberi senyuman yang sedap sekali.

Duduk di atas pasir yang halus putih, dengan rentak ombak yang menenangkan. Mereka berdua sedang menikmati pemandangan yang asli, tanpa sebarang kesan tamadun manusia.


TAMAT
(4881 patah perkataan)

Karya [CEZOXICA] ini merupakan karya Pemenang Hadiah Sagu Hati (Kategori B – Cereka Sains) Peraduan Cereka dan Puisi Sains Karyanet 2005 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

沒有留言: